Resipi Sup Tulang Rusuk Power


Resipi mudah sup tulang rusuk power ini kalau dicuba.. memang delicious. Cara persediaan yang ringkas, semudah ABC.
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:
  1. 1 batang tulang rusuk – Potong dan cuci bersih.
  2. 1 paket rempah sup tulang
  3. 4 biji bawang putih – ketuk
  4. 2 biji bawang besar – belah
  5. 6 halia – besar ibu jari, ketuk
  6. Daun sup
  7. Limau nipis,
  8. Cili api,
  9. Bawang goreng
  10. Ubi kentang – kupas kulit, belah 4
  11. Minyak untuk menumis
  12. 1 liter air
Cara-cara untuk memasak resipi mudah ini ialah:


  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang puith, rempah sup dan halia hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan tulang rusuk yang telah dicuci dan juga air. Renehkan hingga tulang empuk. Tambah air jika daging belum empuk.
  3. Masukkan kentang dan bawang besar dan dimasak lagi hingga kentang empuk. Rasakan garam gula.
  4. Semasa menghidang, taburkan daun sup yang dipotong halus, cili api potong, dan bawang goreng serta perahkan air limau nipis.
  5. Boleh dimakan dengan nasi putih, mee kuning atau mee hoon. Sedap juga dimakan bersama roti.
Selamat mencuba!

P/s: Kalau dah cuba nanti maklumkan admin ye sedap atau tidak :)

Post a Comment

0 Comments