Resipi Sup Kambing Mamak


Jom cuba Resipi Mudah Sup Kambing Mamak yang sedap dan enak. Resipi Sup Kambing Mamak ini adalah antara yang terasli pernah admin cuba. Rasanya.. hmmmm cukup lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 20 minit 

Tempoh Memasak: 40 minit - 60 Minit (masa keseluruhan)

Jumlah Hidangan: 6-8 orang

Bahan-bahan:
1 kilo kambing (rusuk)
2 s/b minyak masak
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 batang serai [ketukkan]
Garam
Bawang goreng

Bahan tumbuk:

7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis:

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara menyediakan:



  1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
  3. Masukkan rempah sup/kurma, kambing dan kacau rata.
  4. Masukkan air, serai dan garam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan kentang, carrot biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
  6. Tutup api dan angkat.
  7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Post a Comment

0 Comments