Resipi Putu Perak

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Putu Perak. Resipi Putu Perak ni adalah antara kuih tradisional yang mungkin generasi muda tidak tahu. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 45 minit   
70 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:
200g beras
5 camca besar tepung beras
2 camca besar tepung pulut
4 camca besar air
Gula secukupnya
1/2 kelapa putih + sedikit garam

Kain putih segi empat (lembap) untuk mengalas

Cara menyediakan:
1) Rendam beras 3 jam dan kisar
2) Gaul beras bersama tepung beras
3) Renjiskan sedikit air kedalam campuan tepung dan kukus selama 45 minit
4) Angkat dan biarkan semalaman ataupun selama 10 jam
5) Gaul bahan tadi bersama tepung pulut sehingga sebati dan kisar halus
6) Campur gula kedalam adunan secukupnya
7) Tabur sedikit adunan kedalam acuan biar separuh acuan sehaja
8) Masukkan sedikit kelapa kemudian tepung kedalam acuan
10) Alas kain lembap pada acuan dan kukus sehingga masak

Post a Comment

0 Comments