Resipi Mudah Cara Buat Air Kausar



Bahan-bahan cara buat air kausar:
  1. 2 cawan gula
  2. 6 butir getah anggur - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
  3. 10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
  4. 1 sudu besar biji selasih - direndam dalam air panas hingga ia mengembang.
  5. 100 gm kismis
  6. 1 tin susu cair (sejat) - (410 g)
  7. 10 cawan air
  8. 1 sudu teh essen pisang

Cara menyediakan air kausar:
  1. Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
  2. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kambang semangkuk, kismis dan biji selasih. Tuangkan air gula, air susu dan essen pisang. Dikacau rata.
  3. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments